Assalamualaikum kepada pengunjung blog saya!

Saturday, January 23, 2010

Rumah – Aset atau Liabiliti Komitmen Kewangan Termahal

Rumah merupakan pelaburan paling besar pada komitmen kewangan anda. Janganlah sampai tersalah membeli atau tersalah membina ruang dan bilik-bilik pada rumah anda. Keselesaan saiz ruang dan bilik adalah merupakan faktor paling penting yang perlu diambilkira oleh bakal pembeli dan pembina rumah.
Jangan dinilai rupabentuk rumah sahaja yang menjadi pilihan hati, ruang dalaman terutama bilik-bilik adalah faktor yang lebih utama untuk di ambilkira sebaik mungkin oleh bakal penghuni rumah tersebut.
Kerana sekiranya anda gagal mengenalpasti perkara ini , kemungkinan anda akan menyesal kemudian hari nanti. Kemudian anda akan mengambil keputusan untuk menjual rumah anda ataupun membuat pindaan tambahan kepada rumah anda kelak. Ini akan melibatkan kos yang akan bertambah ke atas kewangan anda samada menguntungkan atau sebaliknya.
Ruang-ruang pada bilik sememangnya tidak dapat dilihat dengan teliti oleh bakal pembeli atau tuan rumah, kerana sebelum ianya siap dibina, perkara ini hanya dinyatakan dalam bentuk pelan lantai sahaja yang mana hanya diketahui oleh pereka / arkiteknya sendiri. Melalui pengalaman saya , tidak ramai pelanggan yang pandai membaca lukisan pelan-pelan senibina ini. Terutamanya apabila si Arkitek atau Pereka Bangunan tersebut tidak meletakkan lukisan perabot ( Interior ) didalam lukisan pelan persembahannya.
 Jangan kata pelanggan saja yang tak tahu baca lukisan pelan rumah ni dan paling mengejutkan ialah si pembeli Arkitek itu sendiri kadang-kadang tertipu dengan saiz bilik-bilik yang dilihat diatas pelan pada brochure pemaju .
Ini adalah perkara saya tak boleh lupakan kerana selepas kawan saya si Arkitek itu membeli dan melihat rumahnya siap akhirnya dia menyesal kerana bilik tidurnya kecil & tak praktikal untuk perabot...hah! anda camne!! Itu Arkitek, harap anda pun peka & berhati-hatilah ye!  Besar pelaburan & kerugiannya , tu belum cakap pasal tempat & lokasi rumah tersebut dibina dan lain-lain hal lagi.
Bab ni akan dibincang oleh pakar-pakar di dalam bidang tersebut sahaja seperti Pakar Pengurusan dan Agen Hartanah dan lain-lain. Bab saya ialah ruang , bilik-bilik & hal-hal berkaitan binaan rumah sahaja...ok!
Seringkali juga pembeli tertipu & terpedaya dek kerana kecantikan pada rekaan luaran bangunan / rumah tersebut. Terutamanya apabila melihat illustrasi gambaran perspektif rumah atau model rumah yang di sediakan oleh Pemaju Perumahan. Sememangnya manusia sering menilai & mengadili yang luaran sahaja dari yang dalam...betul tak? Dan itulah juga yang terjadi kepada anda bakal pembeli dan pembina rumah sekiranya tidak berhati-hati.

No comments:

Post a Comment