Assalamualaikum kepada pengunjung blog saya!

Sunday, December 2, 2012

Rahsia dalam buku The Magic Of Thinking BIG ( Berfikir dan Berjiwa BESAR ) oleh David J. Schwartz PHD


Rahsia dalam buku The Magic Of Thinking BIG ( Berfikir dan Berjiwa BESAR ) oleh David J. Schwartz PHD


Buku ini adalah di antara koleksi buku yang paling saya sayang dan ‘priceless’. Buku yang telah di khabarkan berjaya mengubah berjuta-juta orang di seluruh dunia tentang kuasa pemikiran mereka sendiri. Penuh dan padat dengan kata-kata motivasi, contoh-contoh cerita dan teladan. Inilah buku yang dapat dijadikan rujukan motivasi bina diri yang terbaik serta ada contoh teknikalnya iaitu melalui pengalaman penulis sendiri dan orang lain.

In shaa Allah , sekiranya anda dapat mengamalkannya anda dapat menguruskan kehidupan anda dengan lebih baik serta memperoleh pendapatan yang tinggi ataupun mendapat meningkatkan jualan barangan anda. Apa yang penting anda bakal memperoleh kebahagian serta ketenangan jiwa yang lebih mendalam.

Saya dah habis baca dah...dan masih mengulang-gulang bacaan tentang beberapa bab yang mana saya rasa kurang dalam diri sendiri. MashaAllah ...apa yang Al-Quran dan Hadis Nabi S.A.W katakan kebanyakan ada dalam buku ini iaitu mengenai Ahklak dapat membentuk peribadi manusia menjadi baik dan berjaya. Ahklak dan berfikiran positif yang di ceritakan oleh Dr. David J. Schwartz ini sangat-sangat  di tuntut oleh agama Islam, cuma pendekatannya dan contohnya sahaja mengikut orang-orang barat, sebab Dr. J Schwartz berasal dari sana.

Sungguh...sungguh...sungguh!! anda tidak akan rugi jika membeli dan memiliki buku ini, Cuma dengan harga RM30 sahaja....ilmunya MashaAllah.
Terima kasih kepada pihak PTS Publishing Sdn. Bhd. dan penterjemahnya Ashadi Zain atas usaha menerbitkan Ilmu Dr. David J. Schwartz ke dalam bahasa Melayu dan untuk bangsa kita yang kurang mahir dalam bahasa Inggeris.

Fikirkan “ saya mampu melakukannya dengan lebih baik “ Ruang bagi menambahbaikkan sentiasa wujud. Apabila kita berkata kepada diri sendiri “ Saya mampu melakukannya dengan lebih baik “ , maka cara melakukan perkara itu dengan lebih baik pasti wujud dalam fikiran kita, kerana ia menghidupkan daya kreativiti kita.

Berfikir besar bagi menyedarkan kita apabila kita mendahulukan perkhidmatan , maka ganjaran kewangan pasti muncul.

Benar kata-kata Publilius Syrus “ Lelaki yang bijak menguasai mindanya ,Si bodoh pula menjadi abdi mindanya “

 Nabi Muhammad SAW bersabda : “ Apabila Allah SWT menolak seorang hamba, maka Dia akan melarang ilmu atas hamba itu “ dan Nabi bersabda lagi “ Tiada Kefakiran yang lebih hebat daripada kebodohan “

No comments:

Post a Comment