Inspirasi Kaya dan Berjaya..
Buku
yang di beli oleh ‘ Is-One ‘ aku selepas menghadiri Intensif Jutawan Industri (
IJI ) baru-baru ni. Aku baru habis baca ada 2 jilid , buku yang penuh inspirasi
kepada pembaca-pembaca yang ingin mengubah nasib hidupnya menjadi Kaya &
Berjaya melalui perniagaan....siap ada 'Mantra' sekali gitu!!...bagus diamalkan
untuk 'Penyataan Diri'.
Terdapat
contoh-contoh tentang insan-insan yang gagal dalam hidupnya dan bangun semula
untuk mencapai kejayaan setelah belajar dari Dr. Azizan Osman dalam buku ini.
Kejayaan yang di maksudkan ialah kejayaan membina empayar perniagaan sendiri
berasaskan Ilmu MESTI ( Mentor , Elmu ,
Sistem , Tindakan dan Impian ). Perniagaan adalah salah satu ‘platform ‘ untuk
menjadi kaya atau ‘kayap’, 9 dari 10 rezeki datangnya dari sini, so itu
sebabnya banyak kaum Cina dah kaya. Jadi bagaimanakah cara yang betul untuk
meniaga atau menjual, jadi kita kena ada ke semua Ilmu yang diatas iaitu MESTI.
Terima
kasih setinggi-tinggi melangit kepada Dr. Azizan Osman kerana sudi berkongsi
ilmu , motivasi dan rahsia kepada kami semua tak kira samada di buku atau di
seminar-seminar anjuran yang telah diadakan oleh syarikatnya Richworks. Semoga
Allah memberkati anda dan sekeluarga ...amin!!
“ Saya hidup untuk memberikan manfaat
kepada orang lain. Saham akhirat dan apa yang Allah lihat pada diri saya adalah
lebih penting berbanding kritikan manusia “ – Dr. Azizan Osman.
Terima
kasih juga kepada penulis Aqif Azizan atas usaha anda menerbitkan buku ini...Is-One saya cakap anda kalau bercakap tak padan dengan umur anda....terlalu matang
dan berilmu...In shaa Allah Anda Kaya & Berjaya....Amin!!
Dari Abu Umamah r.a dia berkata ,
Rasullulah SAW bersabda “ Kelebihan seorang alim atas seorang yang ahli ibadah
, bagaikan kelebihanku terhadap orang yang terendah di antara kamu. “ Kemudian
, Rasulullah pun bersabda pula: “ Sesungguhnya Allah dann para malaikat-Nya dan
semua penduduk langit dan bumi hingga semut yang di dalam lubangnya dan
ikan-ikan selalu mendoakan ulama ( guru-guru ) yang mengajarkan kebaikan kepada
manusia.“( Riwayat at-Tirmidzi )
No comments:
Post a Comment