Ok.. saya mulakan blog saya ini dengan ruang “ BILIK TIDUR “ . Apa yang anda tahu tentang bilik tidur ini ye!....untuk tidurlah.!! Eh! ye ker ! Betul ke fungsinya sebagai tempat tidur sahaja...jawapannya ialah suku betul.
Sebenarnya Bilik Tidur ini adalah ruang untuk digunakan sebagai tempat beristirehat / membaca / menonton tv , tempat menukar pakaian , tempat bersolek , tempat ruang solat dan ruang tidur. Dalam erti kata lain ialah Bilik Privasi. Tetapi tidak lah di tulis didalam pelan Arkitek Bilik Privasi tetapi Bilik Tidur ( Utama , 1 , 2 , 3 dan seterusnya ).
Ok paham tu! Selalunya pihak Arkitek akan merekabentuk ruang ini dengan bukaan tingkap sebanyak 15% bagi pencahayaan & pengudaraan semulajadi. Ini baik untuk kesan kesihatan & sikologi tubuh badan manusia. Pintu masuk pula ialah bersaiz 3’ atau 900mm lebar dari jenis kayu plywood atau kayu solid Nyatoh dsb.
Bilik-bilik tidur pada sesebuah rumah teres dan apartment selalunya direka & dilukis dengan saiz Imperial (kaki) seperti 8’ x 10’ , 9’ x 10’ , 10’ x 10’ , 11’ x 10’ , 12’ x 10’ , 11’ x 11’ , 11’ x 12’ , 12’ x 12’ & 12’ x 14’ sahaja.
Ada juga ukuran Metrik (milimeter) seperti 3000mm , 4000mm , 5000mm dan lain-lain ukuran. Ukuran Imperial selalunya juga telah di tukar ( convert ) kepada system kiraan Metrik seperti ini:
6’ = 1830mm
7’ = 2135mm
8’ = 2440mm
9’ = 2745mm
10’ = 3050mm
11’ = 3355mm
12’ = 3660mm
13’ = 3965mm
14’ = 4270mm
Saiz & ukuran ini sebenarnya tidaklah hanya dikhaskan untuk bilik tidur sahaja tetapi digunakan untuk kiraan seluruh ruang-ruang & bilik-bilik yang lain. Manakala saiz lot untuk rumah-rumah teres juga menggunakan ukuran ini seperti contoh berikut:
20’ x 70’ bermakna 6100mm x 21350mm
22’ x 80’ bermakna 6710mm x 24400mm
Segala contoh lukisan pelan saya sertakan dibawah adalah untuk dijadikan rujukan anda.
Anda boleh lihat bagaimana susunatur perabot yang boleh dimuatkan ke dalam ruang bilik tidur tersebut berdasarkan kelegaan ruang tersebut. Jadi pilihlah saiz ruang bilik yang terbaik sekali untuk dibina atau dibeli.
Perabot yang di lukis adalah dari saiz yang standard dan saya akan berikan sekali saiznya juga untuk panduan. Kalau ada cadangan yang mahu menggunakan jenis perabot ‘special’ seperti Lorenzo ke...., Crown ke..., IKEA ke...atau lain-lain ‘brand’ ,saya tak tahulah ye...anda cuba ambil saiz nya dan bandingkan toleransinya.
No comments:
Post a Comment