Insyaallah, Saya sedaya upaya untuk membantu anda atas dasar pengalaman yang dilalui dan ilmu yang dipelajari selama berbelas-belas tahun di dalam bidang kerjaya pembinaan terutamanya ‘Senibina’ ( Architecture ) ini. Sudah sampai masanya untuk saya menyampaikan ilmu kepada anda semua, yang mana serba sedikit saya pelajari dan tahu mengenainya.
Saya sudah berpengalaman bekerja di 4 buah Firma Arkitek Swasta & Kerajaan. Antaranya, saya banyak melibatkan diri dalam kerja-kerja merekabentuk rumah-rumah persendirian, Banglo 1, 2 hingga 4 tingkat, projek-projek perumahan teres 1 – 2 tingkat , Banglo Kerajaan & EXCO , Pindaan & Tambahan ( Renovation) rumah teres 1 -2 tingkat , Rumah Semi-D Berkembar dan banyak lagi skim pembangunan dan projek-projek bangunan kerajaan. Samada ianya projek dari pejabat saya atau projek-projek rakan-rakan saya. Saya tidak boleh lari dari tanggungjawab ini walaupun terpaksa bekerja sehingga ke lewat malam namun sedikit sebanyak ianya dapat juga menjana pendapatan sampingan dan pengalaman....orang panggil projek luar.
Letih dan penat sebenarnya berdepan dengan pelbagai jenis pihak samada berunding dengan pelanggan itu sendiri, bos kita , pihak majlis berkuasa tempatan , pihak Bomba untuk kerja pencegahan kebakaran dan jurutera-jurutera bangunan. Yang paling teruk sekali ialah dengan kecerewetan berundingan dengan Pihak Majlis Berkuasa Tempatan yang sangat-sangatlah payah & cerewet untuk proses bagi mendapat kelulusan sesebuah bangunan. Kadang-kadang terasa sungguh tidak berbaloi dengan usaha berbanding bayaran yang diterima untuk kerja seperti ni.
Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, disebabkan kepayahan itulah dah banyak perkara dapat dipelajari dan masih terus belajar lagi sampai sekarang,. Sudah menjadi tuntutan Fardu Kifayah ke atas saya , terima je lah dah kehendak Tuhan. Kerja merekabentuk bangunan ni tak semua orang boleh buatkan...samalah cam kerja anda juga boleh jadi saya pun tak tahu nak buat.
No comments:
Post a Comment