Assalamualaikum kepada pengunjung blog saya!

Tuesday, November 27, 2012

Senibina Di Mata Kita Sebagai Manusia Biasa...Saya Cuba Fahamkan!!

Jadi apa bezanya? Rumah atau Bangunan? 
Dalam Senibina ' Rumah ' di sebut ' Bangunan ' ( Building )....dan bila dalam Pelan Lulus untuk Majlis Berkuasa Tempatan di sebut Rumah Banglo la...Rumah Kediaman 1-2 tingkat laa... , Rumah Tumpangan la....dan macam-macam lagi. Benda sama cuma istilah je yang berlainan, OK clear tak !
Kalau Istana camne lak nak panggil ..Bangunan atau Rumah?...So jawapannya ialah Bangunan Istana.....sebab ianya besar macam Kompleks. So Kediaman Perdana Menteri di panggil apa?...Rumah Kediaman Perdana Menteri lah betulkan....so itulah perbezaannya. Sebab tiada aktiviti kerja lain di situ cuma bezanya ianya BESAR dan GAH.

Istilah Bangunan pula juga di gunakan untuk lain-lain pembangunan sperti Sekolah , Bangunan Kerajaan , Kompleks , Pangsapuri , Apartmen , Pencakar Langit , Pejabat , Gedung Beli-Belah dan lain-lain.

Menurut Tafsiran Akta Jalan , Parit dan Bangunan:

“bangunan” termasuk apa-apa rumah, pondok, bangsal atau
kepungan beratap, sama ada digunakan bagi kediaman manusia atau selainnya, dan juga apa-apa tembok, pagar, pelantar, pementasan, pintu pagar, tiang, pilar, paling, bingkai, papan dendeng, tempat lancar, limbungan, dermaga, tembok sambut, jeti, pentas mendarat atau jambatan, atau apa-apa binaan, tupang atau asas yang berkaitan dengan yang tersebut di atas;


Tafsiran Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 :

" bangunan kediaman " ertinya sesuatu bangunan atau sebahagian daripadanya yang direkabentuk, dipadan atau digunakan untuk kediaman manusia.

dan istilah rumah yang ada hanya " rumah kedai " . " rumah pangsa " dan " rumah teres " sahaja.

No comments:

Post a Comment