Assalamualaikum kepada pengunjung blog saya!

Tuesday, November 27, 2012

Senibina Di Mata Kita Sebagai Manusia Biasa...Saya Cuba Fahamkan!!

Jadi apa bezanya? Rumah atau Bangunan? 
Dalam Senibina ' Rumah ' di sebut ' Bangunan ' ( Building )....dan bila dalam Pelan Lulus untuk Majlis Berkuasa Tempatan di sebut Rumah Banglo la...Rumah Kediaman 1-2 tingkat laa... , Rumah Tumpangan la....dan macam-macam lagi. Benda sama cuma istilah je yang berlainan, OK clear tak !
Kalau Istana camne lak nak panggil ..Bangunan atau Rumah?...So jawapannya ialah Bangunan Istana.....sebab ianya besar macam Kompleks. So Kediaman Perdana Menteri di panggil apa?...Rumah Kediaman Perdana Menteri lah betulkan....so itulah perbezaannya. Sebab tiada aktiviti kerja lain di situ cuma bezanya ianya BESAR dan GAH.

Istilah Bangunan pula juga di gunakan untuk lain-lain pembangunan sperti Sekolah , Bangunan Kerajaan , Kompleks , Pangsapuri , Apartmen , Pencakar Langit , Pejabat , Gedung Beli-Belah dan lain-lain.

Menurut Tafsiran Akta Jalan , Parit dan Bangunan:

“bangunan” termasuk apa-apa rumah, pondok, bangsal atau
kepungan beratap, sama ada digunakan bagi kediaman manusia atau selainnya, dan juga apa-apa tembok, pagar, pelantar, pementasan, pintu pagar, tiang, pilar, paling, bingkai, papan dendeng, tempat lancar, limbungan, dermaga, tembok sambut, jeti, pentas mendarat atau jambatan, atau apa-apa binaan, tupang atau asas yang berkaitan dengan yang tersebut di atas;


Tafsiran Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 :

" bangunan kediaman " ertinya sesuatu bangunan atau sebahagian daripadanya yang direkabentuk, dipadan atau digunakan untuk kediaman manusia.

dan istilah rumah yang ada hanya " rumah kedai " . " rumah pangsa " dan " rumah teres " sahaja.

Sunday, November 25, 2012

Bangunan Surau...Ikhlas Dunia dan Akhirat?

Alhamdulillah , Segala Puji-Puji bagi Allah yang telah memberi aku ilmu dalam bidang ini untuk membuat kebajikan ke atasnya. Segalanya telah siap dibina di bumi Allah ini...hasil anugerah ilham akal dan anugerah tangan yang Allah pinjamkan untuk ku ini.

2 buah surau yang dapat aku rakamkan dalam blog ni...sebenarnya dah ada yang lain telah aku buat & reka sebelum ini tapi hilang ketika CPU aku dulu rosak. Rasanya ada lebih kurang 10 lagi agaknya...ingat-ingat lupa aku la...

Cuma di pinta dari pemilik surau tersebut agar dapat doakan dimudahkan kejayaan aku dan keluargaku dalam segala urusan kehidupan ini. In shaa ALLAH semuanya telah aku lakukan dengan ikhlas LILLAHI TAALA..

Antara 2 buah surau yang dapat aku rakamkan di sini ialah surau untuk Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail 1 ( SK TTDI 1 ) aku dapat tahu dah bagi nama Surau Sharifah Alani TTDI 1 dan Surau / Masjid di Kemboja ( Cambodia ).Projek ini aku dapat dari kawan-kawan aku, semoga mereka pun dapat saham akhirat ni juga...Amin.

Untuk kawan-kawan yang nak ambil contoh binaan surau, ini je yang mampu aku berikan gambarannya....

Surau SKTTDI1 atau sekarang di kenali Surau Sharifah Alani

Surau / Masjid di Kemboja

Ruang Masa!!!...Demi Masa....

Nak sambung posting cerita lepas dah lama sesangat tak updating...sapa yang terjumpa blog ni, baca la apa-apa yang patut-patut ye, just nak berkongsi ilmu dengan semua orang je...

Ni nak ambik balik semangat untuk berkongsi ilmu punyalah susah. Ini timbul balik semangat pun dari wife yang bagi idea. Hari tu tolong dia hantar pegi kursus Intensif Jutawan Industri 2012 kat Menara PGRM , Cheras 3 hari lepas iaitu 23 , 24 & 25 November 2012 yang lepas ulang-alik...Klang-Cheras! Klang-Cheras!...waduh! waduh!!...btw takpe la demi ilmu ... kasi mantap skit... kasi cuci-cuci otak dan kasi pusing 360 darjah sudut pandangan, dan tak lain tak bukan pakarnya adalah Dr Azizan Osman ( DAO )...power, padat dan sendat dengan ilmu bisnes, semangat dan bermotivasi ....Saya Kaya dan Berjaya!! Amin.... 

So terdorong la aku untuk tulis balik ni selepas di brainstormingnya aku lepas balik tu. Aku tak pegi pun sebab tak cukup dana...haha!! In shaa Allah nanti akan ku usahakan. IMKK dah pegi..!! , Seminar Jutawan Industri dah pegi...!, Seminar Marketing Power dah pegi..!! Seminar Fesbuk Power dah pegi...!! Seminar Kenali Potensi Diri dah pegi....!!Dewan MCA , Menara PGRM dan Hotel De Palma Inn Shah Alam ...apa lagi ye!! Ye kebanyakan dah pegi ...cuma yang Advance-Advance nya saja yang belum, tengah kumpul dana untuk ilmu tu...memang tersangat hebat la DAO ni,..haha!!.. nama pun lebih kurang cam nama aku gak ...umur pun hampir sama ...bezanye dia dah JUTAWAN dan aku masih...SAWAN...hehe!! Takpe aku akan buat dengan apa yang telah diajarkan...MESTI.

So entry aku yang seterusnya akan berkisar tentang MOTIVASI  , AGAMA ALLAH , BISNES , dan SENIBINA...ok tak? apa lak kena mengena semua ni...hah! barulah kena ngan tajuk blog aku AO ,  PANDUAN , RUANG , RUMAH...!! so kena la buat, sebab inilah perjalanan hidup aku sampailah ke penghujung hidup. In shaa ALLAH... supaya dapat aku menambah NILAI dan menyelesaikan masalah orang lain nanti apa yang termampu.