Assalamualaikum kepada pengunjung blog saya!

Sunday, December 2, 2012

Apa tu ......Garis Anjakan Bangunan ( Building Setback )


Apa tu ......Garis Anjakan Bangunan ( Building Setback )

Mengikut Akta Perancang Bandar garisan anjakan bangunan untuk tapak bangunan rumah sesebuah / banglo adalah berukuran 20 kaki ( 6096 mm ) dari Lot Tanah iaitu dari arah jalan masuk hadapan dan 10 kaki ( 3048 mm ) pada tiap-tiap sisi tepi dan belakang Lot Tanah ke dalam tapak. 
Contohnya seperti yang saya tunjuk di bawah:

CONTOH TAPAK : KAWASAN BERLOREK SAHAJA YANG DI BENARKAN UNTUK PEMBINAAN 

 
CONTOH TAPAK : KAWASAN BERLOREK TIDAK DI BENARKAN UNTUK PEMBINAAN 

Ini bermakna tuan/puan yang bercadang nak menggunakan Lot Tapak Tanah untuk membina rumah semaksima mungkin adalah tidak di benarkan mengikut UBBL( ..rumah kampung yang bukan termaktub dalam Majlis tak kisah ler...tapi kalau ikut lagi baik dan ada faedahnye... ) .Binaan  hanya di benarkan di dalam kawasan berlorek sahaja ( rujuk contoh pelan di atas ).

Pengecualian hanya dibenarkan untuk binaan unjuran bumbung ( overhang roof eaves ) sahaja iaitu tidak boleh melebihi 2 kaki setengah ( atau 762mm ) dari garisan anjakan bangunan ( building setback ). Istilah dalam UBBL jug lebih kurang camni jugak le...

Semua binaan berdinding kekal hendaklah di bina bermula pada atau ke dalam garisan anjakan bangunan ini....tapi diingatkan bukanlah ditengah-tengah garis ini bersama dinding ( centre of the wall ). Walaubagaimanapun sekiranya terdapat binaan pintu , tingkap atau bukaan yang lain bersama dinding di atas garis anjakan ini adalah di benarkan.

Barang di ingatkan ye...,tuan-tuan tanah / rumah bahawasanya garisan anjakan bangunan ini adalah perkara yang SANGAT-SANGAT penting perlu di REZAB kan sebelum memulakan proses rekabentuk rumah anda....dan anda perlu tahu!! Jangan persoalkan pada arkitek ye tentang perkara ini dah memang undang-undang dan syarat-syarat nye begitu....

Oh Ya! ada berita baik juga...hah!! ada juga binaan yang dibenarkan dibina di luar garis anjakan ini iaitu Pintu Pagar , Pagar Keselamatan , Kebuk Sampah , Kompatmen-kompatmen seperti Meter Air , Meter Elektrik atau Peti surat , Pintu Gerbang , Pondok Jaga , Tiang Lampu  , wakaf/pergola dan binaan-binaan tidak kekal sahaja.
Ada juga rezab garisan anjakan bangunan ini sedikit berbeza bagi sesetengah Pembangunan projek-projek bangunan tinggi ( Highrise Building ) sila rujuk Garis Panduan Perancangan di Majlis Berkuasa Tempatan untuk keterangan lanjut. Untuk bab itu saya tak cover kat sini ...hanya rumah sesebuah sahaja. 

Untuk binaan bagi kerja-kerja ubahsuai seperti rumah teres dan Semi-D , terdapat sedikit perbezaan untuk garis anjakan bangunan ini terutamanya di bahagian Lot Tanah di belakang rumah. Garis anjakan ini berbeza kerana ianya bergantung kepada keluasan kelebaran lorong belakang rumah tersebut samada 5 , 10 , 15 atau 20 kaki. Jadi untuk projek kerja-kerja tambahan dan ubahsuai anda sebagai tuan rumah atau perekabentuk perlu berhati-hati dengan peraturan ini. 


Dan satu lagi , jangan membina unjuran bumbung ( roof eaves ) rumah anda melebihi Lot Tanah ( Boundary Lot ) anda...nanti dikhuatiri boleh dikenakan kompaun atau lebih teruk perlu di robohkan oleh pak Majlis Berkuasa  kita....so designer / arkitek anda kena pandai-pandai design lah yer!!

Amboi mak! panjang lebar dah penerangan ni, kalau nak kira mau kena bayaran ni...tapi takpa ikhlas dunia & saham akhirat.

OK lah By the way dah seattle bab ni....

Inspirasi Kaya dan Berjaya..


Inspirasi Kaya dan Berjaya..


Buku yang di beli oleh ‘ Is-One ‘ aku selepas menghadiri Intensif Jutawan Industri ( IJI ) baru-baru ni. Aku baru habis baca ada 2 jilid , buku yang penuh inspirasi kepada pembaca-pembaca yang ingin mengubah nasib hidupnya menjadi Kaya & Berjaya melalui perniagaan....siap ada 'Mantra' sekali gitu!!...bagus diamalkan untuk 'Penyataan Diri'.

Terdapat contoh-contoh tentang insan-insan yang gagal dalam hidupnya dan bangun semula untuk mencapai kejayaan setelah belajar dari Dr. Azizan Osman dalam buku ini. Kejayaan yang di maksudkan ialah kejayaan membina empayar perniagaan sendiri berasaskan Ilmu MESTI  ( Mentor , Elmu , Sistem , Tindakan dan Impian ). Perniagaan adalah salah satu ‘platform ‘ untuk menjadi kaya atau ‘kayap’, 9 dari 10 rezeki datangnya dari sini, so itu sebabnya banyak kaum Cina dah kaya. Jadi bagaimanakah cara yang betul untuk meniaga atau menjual, jadi kita kena ada ke semua Ilmu yang diatas iaitu MESTI.

Terima kasih setinggi-tinggi melangit kepada Dr. Azizan Osman kerana sudi berkongsi ilmu , motivasi dan rahsia kepada kami semua tak kira samada di buku atau di seminar-seminar anjuran yang telah diadakan oleh syarikatnya Richworks. Semoga Allah memberkati anda dan sekeluarga ...amin!!

“ Saya hidup untuk memberikan manfaat kepada orang lain. Saham akhirat dan apa yang Allah lihat pada diri saya adalah lebih penting berbanding kritikan manusia “ – Dr. Azizan Osman.

Terima kasih juga kepada penulis Aqif Azizan atas usaha anda menerbitkan buku ini...Is-One saya cakap anda kalau bercakap tak padan dengan umur anda....terlalu matang dan berilmu...In shaa Allah Anda Kaya & Berjaya....Amin!!

Dari Abu Umamah r.a dia berkata , Rasullulah SAW bersabda “ Kelebihan seorang alim atas seorang yang ahli ibadah , bagaikan kelebihanku terhadap orang yang terendah di antara kamu. “ Kemudian , Rasulullah pun bersabda pula: “ Sesungguhnya Allah dann para malaikat-Nya dan semua penduduk langit dan bumi hingga semut yang di dalam lubangnya dan ikan-ikan selalu mendoakan ulama                 ( guru-guru ) yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.“( Riwayat at-Tirmidzi )