Assalamualaikum kepada pengunjung blog saya!

Saturday, January 23, 2010

Ruang Bilik Tidur – Saiz & Methodologi nya..

Ok.. saya mulakan blog saya ini dengan ruang “ BILIK TIDUR “ . Apa yang anda tahu tentang bilik tidur ini ye!....untuk tidurlah.!! Eh! ye ker ! Betul ke fungsinya sebagai tempat tidur sahaja...jawapannya ialah suku betul.

Sebenarnya Bilik Tidur ini adalah ruang untuk digunakan sebagai tempat beristirehat / membaca / menonton tv , tempat menukar pakaian , tempat bersolek , tempat ruang solat dan ruang tidur. Dalam erti kata lain ialah Bilik Privasi. Tetapi tidak lah di tulis didalam pelan Arkitek Bilik Privasi tetapi Bilik Tidur ( Utama , 1 , 2 , 3 dan seterusnya ).

Ok paham tu! Selalunya pihak Arkitek akan merekabentuk ruang ini dengan bukaan tingkap sebanyak 15% bagi pencahayaan & pengudaraan semulajadi. Ini baik untuk kesan kesihatan & sikologi tubuh badan manusia. Pintu masuk pula ialah bersaiz 3’ atau 900mm lebar dari jenis kayu plywood atau kayu solid Nyatoh dsb.

Bilik-bilik tidur pada sesebuah rumah teres dan apartment selalunya direka & dilukis dengan saiz Imperial (kaki) seperti 8’ x 10’ , 9’ x 10’ , 10’ x 10’ , 11’ x 10’ , 12’ x 10’ , 11’ x 11’ ,      11’ x 12’ , 12’ x 12’ & 12’ x 14’ sahaja.
Ada juga ukuran Metrik (milimeter) seperti 3000mm , 4000mm , 5000mm dan lain-lain ukuran. Ukuran Imperial selalunya juga telah di tukar ( convert ) kepada system kiraan Metrik seperti ini:

6’   =  1830mm
7’   =  2135mm
8’   =  2440mm
9’   =  2745mm
10’ =  3050mm
11’ =  3355mm
12’ =  3660mm
13’ =  3965mm
14’ =  4270mm

Saiz & ukuran ini sebenarnya tidaklah hanya dikhaskan untuk bilik tidur sahaja tetapi digunakan untuk kiraan seluruh ruang-ruang & bilik-bilik yang lain. Manakala saiz lot untuk rumah-rumah teres juga menggunakan ukuran ini seperti contoh berikut:


20’ x 70’ bermakna 6100mm x 21350mm
22’ x 80’ bermakna 6710mm x 24400mm

Segala contoh lukisan pelan saya sertakan dibawah adalah untuk dijadikan rujukan anda.
Anda boleh lihat bagaimana susunatur perabot yang boleh dimuatkan ke dalam ruang bilik tidur tersebut berdasarkan kelegaan ruang tersebut. Jadi pilihlah saiz ruang bilik yang terbaik sekali untuk dibina atau dibeli.
Perabot yang di lukis adalah dari saiz yang standard dan saya akan berikan sekali saiznya juga untuk panduan. Kalau ada cadangan yang mahu menggunakan jenis perabot ‘special’ seperti Lorenzo ke...., Crown ke..., IKEA ke...atau lain-lain ‘brand’ ,saya tak tahulah ye...anda cuba ambil saiz nya dan bandingkan toleransinya.

Siapa Yang Terlibat Dalam Membina Rumah?

Ni la nak cerita ni, siapa ye!!....’
“STAKEHOLDER”...apa tu? ‘ Stakeholder ’ ialah orang-orang yang mempunyai kepentingan dan penglibatan di dalam sesuatu projek. Di dalam projek membina bangunan contohnya, mereka yang terlibat secara langsung di dalam pembinaan  ialah Pelanggan, Arkitek , Perunding, Jurutera Struktur , Jurutera M&E, Civil , Juruukur Bahan, Kontraktor , Penyelia Tapak , Pegawai Majlis Berkuasa Tempatan ( Jab. Bangunan , Jab. Perancang & Jab. lain yang berkenaan ) , Indah Water , Jabatan Bekalan Air dan Jabatan Bomba.
Untuk bab pembinaan rumah pula saya hanya akan memfokuskan pada individu-individu tertentu sahaja dimana semua tulisan, lukisan dan ilmu pada blog saya ini adalah khas kepada semua mereka dibawah:
1)    Bakal Pembeli Rumah – Rumah Teres 1-2 tingkat ( terrace house ) ke...., Rumah Berkembar ( semi-d ) ke..., Pangsapuri ( apartment ) ke..., Kondominium ( condominium ) ke...., Rumah Flat ( flat house ) ke...., Rumah Bandar ( townhouse ) ke...., Banglo ( bungalow ) ke...., atau lain-lain skim perumahan / kediaman yang berkenaan.
2)    Bakal Membina Rumah Sendiri
3)    Pereka Bangunan– Arkitek dan Pelukis Pelan ( berdaftar atau tidak berdaftar )
4)    Pelajar Senibina ( Architecture Students ) , Pereka Dalaman ( Interior Designer ) dan Pengurusan & Agensi Hartanah ( Estate Management ).
5)    Broker-Broker Rumah atau Pelabur-Pelabur Jual Beli Hartanah / Rumah
6)    Bakal Penyewa Rumah
7)    Bakal Tuan Rumah yang nak pinda atau tambah rumah mereka sendiri ( Renovation )
8)    Kontraktor atau Tukang Rumah
9)    Pemaju-Pemaju Perumahan ( Developer )
10) Jabatan Perumahan Negara dan PBT

Wahhh!!...ramainya yang terlibat.Hah! tu mungkin ada lagi yang saya terlepas pandang ni..tak pa!. Percaya tak percaya inilah hakikatnya diantara individu-individu dan agensi-agensi yang akan terlibat dengan pelaburan kewangan anda yang terbesar sekali dalam hidup anda. Maka pikir-pikirkan lah......

Arkitek...atau Senibina...Yang Mana Lebih Penting?

Kadang-kadang saya penat menegur sikap kawan-kawan saya yang bergelar ‘arkitek’ konon... sebenarnya ‘graduan arkitek’ je, belum dapat gelaran Ar. (Arkitek Profesional ) lagi....belum confirm Arkitek la cuma sepatutnya gelaran ‘designer’ atau Assistant Architect. Mereka ni baru setahun jagung di dalam bidang kerjayanya...freshhh!!!
Bukan apa mereka ni kalau tak tahu nak ‘design’ bukannya nak tanya orang-orang lama, buat pandai sendiri je akhirnya buat kerja salah dan mula nak kelirukan orang termasuklah pelanggannya sendiri.

Kalau waktu belajar dulu tu bolehlah , benda-benda macam ni student kata ‘goreng je’, atau putarbelit cerita, tanpa fakta , dongeng semata-mata tanpa bukti.  
Masalahnya mereka ni cuma pandai menghias kulit luar rupa bangunan itu saja asal nampak menarik dan cantik. Saya menasihati mereka agar merekabentuk sesebuah bangunan tu biarlah dengan sepenuh jiwa dan bayangkan anda sebagai penghuni tempat / bangunan tersebut.
Reka  ‘ Pelan Lantai ’ serta susunatur ruang dengan betul dulu mengikut keperluan pelanggan, tapak dan undang-undang bangunan sebaik yang mungkin.
Ini bagi menaikkan kredibiliti anda sebagai Pereka Bangunan kerana berjaya memberi kepuasan kepada pelanggan anda untuk menikmati ruang rumah mereka dengan yang selesanya. Ia adalah pelaburan yang sangat besarrrrrr.....so...buat yang terbaik yer kawan-kawan!!
Oleh sebab inilah saya menasihati mereka meletakkan sama susunatur perabot di dalam pelan yang mereka reka supaya ianya mudah dibayangkan oleh pelanggan.

Interaksi bersama sangat penting antara pereka & pelanggan dalam urusan ini. Segala kekeliruan atau kemusykilan dapat diselesaikan ketika perancangan rekabentuk di lakukan dan bukan sewaktu pelan dah lulus atau pembinaan dah bermula....susah nanti....

Tips Memilih Ruang Rumah Yang Praktikal

In shaa Allah , di sini saya akan cuba sedaya upaya untuk memberi tips-tips & penerangan kepada anda tentang pemilihan ruang atau bilik pada sesebuah rumah untuk dijadikan panduan penting. Terutamanya panduan mengenai saiz ruang & bilik-bilik untuk dijadikan gambaran kepada anda tentang kesesuaiannya dengan susunan perabot.
Adakah bilik-bilik atau ruang-ruang yang dibina bersaiz ukuran yang praktikal dengan saiz perabot yang akan diletak. Kesesuaian perletakan perabot seperti katil tidur , almari pakaian , meja solek dan lain-lain perabot adalah sangat penting bagi penghuni tersebut. Berapakah ruang lega untuk laluan didalam bilik tidur? Apakah saiz perabot yang sesuai untuk diletakkan didalam bilik tidur?. Kalau di ruang tamu bolehlah kita agak sebab tak de almari baju , meja solek dan lain-lain selain sofa , kerusi sisi dan meja-meja konsol je. Ok! Nanti saya terangkan didalam lukisan pelan yang rasanya mudah difahami dari tulisan nih.
Keselesaan ruang adalah terletak ke atas saiz bilik yang dibina. Kalau nak tahu pasal ‘gaya’, ‘imej’ , ‘konsep’ atau ‘tema’ ( style , image , concept & theme ) rekabentuk dalaman ( ID’s) , di sini saya tak dapat nak menerangkannya kerana yang pakar dalam bidang itu banyak diluar sana seperti Perekabentuk Dalaman ( Interior Designer ), Kedai-kedai Perabot atau Majalah-majalah ID yang berlambak-lambak di jual kat kedai buku tu. Boleh jadi mereka lebih pakar dan arif didalam bidang tersebut.

Rumah – Aset atau Liabiliti Komitmen Kewangan Termahal

Rumah merupakan pelaburan paling besar pada komitmen kewangan anda. Janganlah sampai tersalah membeli atau tersalah membina ruang dan bilik-bilik pada rumah anda. Keselesaan saiz ruang dan bilik adalah merupakan faktor paling penting yang perlu diambilkira oleh bakal pembeli dan pembina rumah.
Jangan dinilai rupabentuk rumah sahaja yang menjadi pilihan hati, ruang dalaman terutama bilik-bilik adalah faktor yang lebih utama untuk di ambilkira sebaik mungkin oleh bakal penghuni rumah tersebut.
Kerana sekiranya anda gagal mengenalpasti perkara ini , kemungkinan anda akan menyesal kemudian hari nanti. Kemudian anda akan mengambil keputusan untuk menjual rumah anda ataupun membuat pindaan tambahan kepada rumah anda kelak. Ini akan melibatkan kos yang akan bertambah ke atas kewangan anda samada menguntungkan atau sebaliknya.
Ruang-ruang pada bilik sememangnya tidak dapat dilihat dengan teliti oleh bakal pembeli atau tuan rumah, kerana sebelum ianya siap dibina, perkara ini hanya dinyatakan dalam bentuk pelan lantai sahaja yang mana hanya diketahui oleh pereka / arkiteknya sendiri. Melalui pengalaman saya , tidak ramai pelanggan yang pandai membaca lukisan pelan-pelan senibina ini. Terutamanya apabila si Arkitek atau Pereka Bangunan tersebut tidak meletakkan lukisan perabot ( Interior ) didalam lukisan pelan persembahannya.
 Jangan kata pelanggan saja yang tak tahu baca lukisan pelan rumah ni dan paling mengejutkan ialah si pembeli Arkitek itu sendiri kadang-kadang tertipu dengan saiz bilik-bilik yang dilihat diatas pelan pada brochure pemaju .
Ini adalah perkara saya tak boleh lupakan kerana selepas kawan saya si Arkitek itu membeli dan melihat rumahnya siap akhirnya dia menyesal kerana bilik tidurnya kecil & tak praktikal untuk perabot...hah! anda camne!! Itu Arkitek, harap anda pun peka & berhati-hatilah ye!  Besar pelaburan & kerugiannya , tu belum cakap pasal tempat & lokasi rumah tersebut dibina dan lain-lain hal lagi.
Bab ni akan dibincang oleh pakar-pakar di dalam bidang tersebut sahaja seperti Pakar Pengurusan dan Agen Hartanah dan lain-lain. Bab saya ialah ruang , bilik-bilik & hal-hal berkaitan binaan rumah sahaja...ok!
Seringkali juga pembeli tertipu & terpedaya dek kerana kecantikan pada rekaan luaran bangunan / rumah tersebut. Terutamanya apabila melihat illustrasi gambaran perspektif rumah atau model rumah yang di sediakan oleh Pemaju Perumahan. Sememangnya manusia sering menilai & mengadili yang luaran sahaja dari yang dalam...betul tak? Dan itulah juga yang terjadi kepada anda bakal pembeli dan pembina rumah sekiranya tidak berhati-hati.

Pengalaman Senibina Menjadi Pengajaran Bina Rumah

Insyaallah, Saya sedaya upaya untuk membantu anda atas dasar pengalaman yang dilalui dan ilmu yang dipelajari selama berbelas-belas tahun di dalam bidang kerjaya pembinaan terutamanya ‘Senibina’ ( Architecture ) ini. Sudah sampai masanya untuk saya menyampaikan ilmu kepada anda semua, yang mana  serba sedikit saya pelajari dan tahu mengenainya.
Saya sudah berpengalaman bekerja di 4 buah Firma Arkitek Swasta & Kerajaan. Antaranya, saya banyak melibatkan diri dalam kerja-kerja merekabentuk rumah-rumah persendirian, Banglo 1, 2 hingga 4 tingkat, projek-projek perumahan teres     1 – 2 tingkat , Banglo Kerajaan & EXCO , Pindaan & Tambahan ( Renovation)  rumah teres 1 -2 tingkat , Rumah Semi-D Berkembar dan banyak lagi skim pembangunan dan projek-projek bangunan kerajaan. Samada ianya projek dari pejabat saya atau projek-projek rakan-rakan saya. Saya tidak boleh lari dari tanggungjawab ini walaupun terpaksa bekerja sehingga ke lewat malam namun sedikit sebanyak ianya dapat juga menjana pendapatan sampingan dan pengalaman....orang panggil projek luar.
Letih dan penat sebenarnya berdepan dengan pelbagai jenis pihak samada berunding dengan pelanggan itu sendiri, bos kita , pihak majlis berkuasa tempatan , pihak Bomba untuk kerja pencegahan kebakaran dan jurutera-jurutera  bangunan. Yang paling teruk sekali ialah dengan kecerewetan berundingan dengan Pihak Majlis Berkuasa Tempatan yang sangat-sangatlah payah & cerewet untuk proses bagi mendapat kelulusan sesebuah bangunan. Kadang-kadang terasa sungguh tidak berbaloi dengan usaha berbanding bayaran yang diterima untuk kerja seperti ni.
Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, disebabkan kepayahan itulah dah banyak perkara dapat dipelajari dan masih terus belajar lagi sampai sekarang,. Sudah menjadi tuntutan Fardu Kifayah ke atas saya , terima je lah dah kehendak Tuhan. Kerja merekabentuk bangunan ni tak semua orang boleh buatkan...samalah cam kerja anda juga boleh jadi saya pun tak tahu nak buat.

Kepada Pembeli dan Pemilik Rumah

Salam kepada semua yang bakal membeli, membina dan menduduki sebuah rumah idaman anda. Tak kiralah samada rumah idaman , aset pelaburan atau rumah yang terpaksa di beli.....eh! camner tu!. Mungkin anda ada terbaca buku-buku atau blog berkenaan bagaimana cara nak buat duit dengan membeli rumah atau beli hartanah rumah.
Tapi ada separuh bahagian lagi ilmunya yang anda tidak tahu iaitu keadaan rumah itu sendiri, ( kondesi rumah itu sendiri ) sebelum anda betul-betul boleh membeli, membina dan membuat duit atau sebagainya.
Alhamdulillah , atas kesedaran perkara tersebutlah saya terpanggil untuk membantu tuan-tuan & puan-puan dalam hal-hal merancang , membina atau membeli rumah idaman masing-masing. Terutamanya pada bahagian yang sangat penting iaitu pemilihan ruang & bilik-bilik.
Inilah yang menjadi kekangan ataupun ‘gap’ yang mana seseorang agen hartanah, pemaju atau pembina tidak akan menceritakan dengan lebih lanjut kepada anda. Ia adalah berkenaan kefungsian ruang-ruang dalaman. Apa yang akan terjadi setelah ruang-ruang dalaman bertemu , bercantum , bergabung dan di padankan dengan perabot-perabot di dalam sebuah ruang yang di panggil ‘ BILIK ’.